Salam...
2014 adalah tahun yang banyak juga menyimpan kenangan manis. Pahit pun ada tetapi kena didik hati untuk terima..mcm bagus jer kan ayat kena didik hati tapi bila direnung memang itulah yg sepatutnya kita buat...sebab kena ingat jika kita tak dapat apa yg kita nak atau rancang dah memang bukan untuk kita & sudah tentu Allah nak beri yang lebih baik untuk kita. Pergantungan dengan Allah lebih melegakan dan redha adalah ubat dari segala penyakit hati.
Permulaan 2014 kami ke Turki berjalan . Memang best Turki ni...makan pun senang.
Kami ada berjalan sekitar teluk arab ni GCC ...ke Qatar, Bahrain, Abu Dhabi dan Dubai...Insyaallah kalau diberi rezeki tahun 2015 nak jelajah Oman dan Kuwait..dan beberapa negara Eropah lain.
Kami anak beranak juga diberi rezeki untuk menjalani ibadah umrah dan akak dan suami juga menunaikan haji pada tahun 2014...o.k citer pasal haji ni memang kami ni rasa sangat2 bersyukur sebab punyalah teruk kami ni tak daftar di tabung haji...just imagine kalau kami tidak di sini(Saudi) tak tahulah tahun bilalah nk ke sana. Kekadang bila berfikir memang rezeki tu Allah yg sediakan kita memang tak nampak tapi Allah is really a great planner kan..Dan keputusan kami nak tinggal di Saudi ni pun hampir disebabkan rukun islam yang kelima ni. Alhamdulillah doa dan usaha kami didengar...
Nenek(Tok) akak pergi buat selamanya 1 week before Ramadhan...Dapat berita pun dari anak sedara yg post dlm fb..tok banyak sangat berjasa..dialah jaga akak dlm pantang masa bersalinkan arwah Hilman..
Tahun 2014 juga buat pertama kali akak tidak beraya dengan keluarga di KL sebabkan kami nak menyimpan cuti untuk haji kami. Kami pulang bercuti right after haji iaitu pd 7 Oct..cuti 3 minggu dan jalan2 cari makan di Malaysia. Kami ke Melaka..
Jom ler layan gambar cuti2 taklah banyak sebab dah basi pun cuma bolehlah buat rujukan dan kenangan anak2 ku tercinta...
![]() |
Blue Mosque only in Istanbul |
![]() |
Turkish foods..nyum nyum |
![]() |
Souq Jameirah, Dubai |
![]() |
Dubai Mall..dkt sini ada pertunujukkan water fountain & byk amusements e.g kidzania |
![]() |
Ferari World - Abu Dhabi |
No comments:
Post a Comment