Assalamualaikum
Sekarang ni saya anak beranak asyik mamam je..Badan bertambah2 bulat terutama tang pipi ni...tapi setiap petang rajin pulak buat santapan minum petang..
2 hari lepas saya buat Bebola keju.Memang anak2 mintak repeat lah..
Jom tengok bahan2 dia:-
Kentang
Butter
Garam atau kiub ayam(saya guna garam je)
Cheddar
Breadcrumb (Saya guna Italian)
Sedikit gandum dicampur air
Kukus kentang sampai empuk(rebus pun ok) lenyekkan bersama butter & garam
Selepas tu bulat2 kan dan masukkan cheddar yg telah dipotong kiub kedlm sebagai inti ( mcm buat onde2)
Lepas tu golekkan dgn breadcrumb celup sikit dgn air tepung dan golek lagi untuk rasa yang lebih ranggup.
![]() |
Kentang yang dilenyek bersama butter dan garam(butter dlm 1 sudu besar dan garam secukupnya) |
![]() |
Antara bahan2nya |
![]() |
Siap di goreng (hmm kaena salut lebih lagi breadcrumb lepas ni) |
Boleh juga di buat bekal anak2 ke sekolah...
Hari ni pula saya buat onde2 labu (resepi dari blog Yati)
Ini semuanya gara2 nak menghabiskan labu di rumah.Google resepi terjumpa resepi ni..
Jom cuba:
Labu yg dikukus & di lenyek gaul bersama tepung pulut (sukatan tepung & labu sama) - tak perlu air sb labu tu pun mengeluarkan air nanti.Intikan dengan gula merah & salutkan dgn kelapa putih yg telah di letak garam.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment