Assalamualaikum w.b.t
Semoga semuanya sihat di lindungi Allah s.w.t sentiasa
![]() |
The Inspiration |
Sengaja letak gambar Kaabah tu sebagai sumber inspirasi dan tarikan untuk semua ke sana.Kepada yang sudah pun menjejaki kaki ke Tanah Haram ini pasti mengamit hati untuk kembali ke sana kan.
Entry kali ni adalah mengenai Umrah pertama saya dan anak-anak dan kedua buat suami tercinta.Alhamdulillah syukur ke rahmat Allah kerana telah memberi kami rezeki dan peluang untuk menunaikan ibadah Umrah. Bukan tujuan menunjuk (minta di jauhkan perasaan riak itu) tetapi sekadar berkonsi pengalaman dan perasaan saya dan anak-anak sewaktu menjalani ibadah umrah dan sewaktu berada di Kota Mekah. Saya yang baru sahaja pulang dari Kota Mekah sudah merindui untuk kembali kesana.
Pengalaman itu :-
Pada mulanya kami bercadang nak ke sana pada minggu ke dua di bulan January tetapi disebabkan keadaan yang tidak dapat di elakkan kami putuskan untuk bertolak pada 6/2/2013. Ramai lah orang sikit sebab visa pihak Arab Saudi sudah keluarkan bagi non Saudian. Husband cakap takpe lah ramai sebab boleh melatih diri dengan crowd nanti nak buat haji senang (insyaallah..) next time kita pegi time orang tak ramai (masa visa di tutup)..Lagipun bila orang ramai boleh melatih diri untuk lebih bersabar..
Damamm to Jeddah flight approximately 2 hours sahaja kalau driving dalam 15 hours macam tu inclusive berhenti rehat & tidur, husband kata a bit tiring better naik flight memang cost jalan udara lebih sikit dari jalan darat tapi takpe next time boleh cuba pulak jalan darat. Orang Mesia kat sini memang guna jalan darat jer.
Flight kami dari Dammam dalam pukul 8 malam & sampai Jeddah dalam pukul 10 malam. Suami dah siap pakai Ihram dari rumah kami lagi..
Miqat dalam flight lebih kurang 20 min nak sampai ke Jeddah dan bermulalah segala pantang larang Ihram..so tahan diri nak marah anak tu hehehe...control..
Sampai Airport Jeddah kami naik taxi sampai terus ke Hotel and check in dulu. Siap2 kan anak ambil wuduk terus ke Masjidil Haram untuk Tawaf, Saei & Tahalul.
Perasaan di waktu itu tidak dapat di gambarkan dengan perkataan..berdebar2..seronok..semuanya datang serentak. Lautan manusia memenuhi ruang di Masjidil Haram. Kami memulai tawaf dalam pukul 1 pagi di ikuti Saei dan Tahalul dan berakhir pada jam 3.30 pagi macam tu.
Sebelum sampai ke Tanah Haram ni perasaan kami berdebar2 sebab bawak anak2 Damia o,k lagi yang tiga lagi memang kena sentiasa explain to them the Umrah steps, the rules etc...
Tetapi budak2 ni memang tersangat baik dan tak complaint penat sewaktu proses umrah tu alhamdulillah...terasa seronok pulak sebab kami dapat menjalankan ibadah ini satu keluarga..
![]() |
Gambar di depan Kaaba selepas selesai Umrah |
![]() |
Qalish penat yer tido sampai jatuh2 |
Assalammualaikum . ..terima atas entry puan.
ReplyDeleteBagaimana yer kalau suami yang datang atas "visit visa"...stay di damam 2 hari (saya bekerja di sini).Lepas tu sama2 bergerak ke Jeddah ada masalah ker visit visa buat umrah.
Anak saya tujuh tahun..kalau nk buat umrah ..pakaian ihramnya srperti suami la kan?
Harap sangat puan dapat kongsi pandangan.