Salam....
Dah lama rasanya tak menulis dalam sarang blog ni. Penulisan sekadar sedikit pengkongsian hidup untuk dibaca dikala bosan dan mungkin boleh beri bahan rujukan di masa akan datang atau memberi sedikit info bagi pembaca yang datang singgah disini.
Masih menetap di Jubail cuma kami sudah berpindah ke Jubail Industrial Area/Royal Commision sejak 2016....
Apa yang boleh aku katakan aku suka tinggal di area baru ni...tq husband..
Back to our topic...Sekarang dah boleh masukkan Saudi dlm travel list korang.Saudi dah benarkan masuk sebagai tourist.Kalau dulu cuma visa Umrah dan Haji sahaja dikeluarkan tapi kini dah ada Tourist Visa.Jom lah ramai2 ke Saudi.The best part is visa ni boleh digunakan utk mengerjakan umrah.
Visa berserta insurance hanya SAR 470 sahaja tau.So cepat2 lah buat perancangan. As at todate Saudi has received 1000 applications from Malaysia...bagus rakyat Malaysia ni cepat dan pantas..
Sila rujuk laman web ni untuk permohonan visa korang https://visa.visitsaudi.com
Selain Umrah dan ziarah Madinah banyak sebenarnya tempat lawatan di Saudi ni. Lebih sedap kalau datang musim sejuk dalan November to March tu memang sedang eloklah. Expecting temperature at that time between 25 celcius to 9 celcius.
Jomlah aku share antara tempat-tempat menarik untuk dilawati :
1) The Edge of the World
2) The Heet Cave
3)Yanbu Waterfront
4)Hanifa Valley & Al Diriyah
5) The Thumama National Park
Dan banyak lagi...
Semoga sedikit perkongsian ini memberi manafaat pada semua.