Salam
Dah lama tak update and menjenguk blog saya ni. Banyak cerita suka duka yang nak di kongsi tapi kemalasan yang menerjah membuat saya semakin menjauh pada blog ni huhu. Saya masih setia di Jubail Saudi huhu
Hujung tahun lepas saya diserang penyakit gastrik yang boleh di katakan kronik. Dan doktor juga diagnos saya ada Anxiety disorder. Saya cuba sedaya upaya untuk menangani masalah itu insyaallah saya akan cuba dan cuba..
Memperbanyakkan ibadah dan ketakwaan kepada Allah swt adalah kunci kepada penyelesaian banyak masalah. Saya redha dan berserah pada Allah.
Penghujung January baru ni saya diberi rezeki untuk bercuti musim sejuk di Turkey..Wah memang best Turkey ni rupanya. Tiada perancangan yang teliti tak seperti percutian musim panas tahun lepas. Ini disebabkan gara2 saya yg suka mengintai airlines website dan ternampak ticket promotion untuk ke Turkey di dalam Turkish Airlines. Pengalaman naik Turkish Airlines ni memang best sebab soft landing langsung tak terasa. Walaupun flight tiada tv screen berkemungkinan short flight tapi overall it was very good flight.
Untuk keluarga kami tickets dalam RM 4,500 return..memang tak dapat lah waktu2 lain mahu RM10-15k dah nak jadi rezeki kami.
Hotel kami amatlah dekat dekat place of interests in Istanbul..Aprilis Hotel.Lokasi dia dekat dengan Grand Bazar & tram station. Sebenarnya nak duduk di Faros Hotel sebab lokasi dia lagi dekat dengan Blue Mosque, Hagia Sofia dan Topkapi tapi hotel tu dah penuh jadi Aprilis akhirnya jadi pilihan kami. It's a new hotel but the service was not too bad...
Ok nak share gambar2 cuma disebabkan dah 5 bulan percutian tu jadi gambar adalah sangat limited huhu
 |
Blue Mosque - is a must visit place |
 |
Depan Blue Mosque (masa ni baru sampai Istanbul tengah tunggu bilik hotel dikemas kami jalan2 dulu)sebab hotel location is very near |
 |
Istanbul |
 |
Hagia Sofia (I think by now dah convert to masjid) |
 |
Grand Bazar-semua cantik2 kat sini dengan susunan menarik ,cuba elak beli barang2 disini sebab a few bloggers kata mahal tapi tak boleh tahan tengok ambik juga pashmina yang lilit kat leher saya tu.. |
 |
Grand Bazar - semua cantik2 |
 |
Inside the Spice Bazar.more cheaper than Grand Bazar- ni kekacang macam2 jenis ada memang nak semua rasanya..Kacang2 dia mmg best tau! |
 |
Lokum
|
 |
Kalau ke Turkey haruslah ke Bursa..kawasan pergunungan yang bersalji |
 |
Bursa |
 |
Desert-Turkey yang penuh dengan manisan |
 |
Turkish tea - saya suka |
 |
Santapan di Turkey. Tapi kan makanan dia sama je kat semua restaurants.. |
 |
Kebab dia - semua ada cili dah lah akak ni gastrik huhu |
Sedikit sebanyak perkongsian saya ya..
Orang2 Turkey ni memang suka dengan orang Malaysia katanya Malaysia bagus...especially yg berniaga.Emm mesti sebab orang Malaysia ni suka shopping dan mungkin tak banyak songeh kan..