Wednesday, 29 May 2013

Saudi Life

Assalamualaikum

Saya tidak punya pengalaman duduk di negara orang sewaktu remaja..belajar pun di Uitm kat Malaysia tu ajer..
Bila dah duduk negara orang sedikit sebanyak, banyak yang dipelajari dari segi budaya mahupun persekitaran. Dalam jangkamasa 6 bulan saya dan anak-anak dah boleh adapt with the culture & environment and the weather also..kekadang terasa rindu oh itu sudah pasti ye..dan ia di imbangi dengan satu perasaan seronok berada di sini...bila bersembang2 dengan kawan2 yg tak balik Mesia hampir 1 1/2 tahun hmm betul apa yang diorang cakap memang lama tak balik tapi seronok sebenarnya duduk di rantauan ni.For me I just love staying abroad...tapi entah sampai bila...

Hari ni tak de gambar nak share ....Oh petang ni kami nak picnic lagi..sesuatu yang saya jarang atau tak berapa minat buat di Malaysia dah jadi satu hobi pulak kat sini...yang penting anak2 suka.Hmm cuaca di Saudi ni pun dah mula panas sekarang dalam 41 degree Celcius kena lah picnic petang2 sikit takut anak2 demam kepanasan pula...


Tuesday, 14 May 2013

Saudi Life

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya dah lama betul tak update blog ni..Ialah macam busy sangat sekadar jadi Jaga Rumah ..hehe
Rasanya lebih seronok baca blog orang dari menulis..
Hmm aktiviti biasa setiap hari in weekdays & weekend...siapkan brekpes untuk anak2 bawa bekal, hantar Sha naik bas naik atas balik siapkan Nini g skool hantar dia naik bas...mummy brekpes, basuh baju..mummy mandi , masuk dapur lunch preparation (siang sayur ke, blend bawang ke etc) kul 11 baru masak..sambil tunggu nak ambik Nini kat bawah (biasa driver bas tu Salem akan missed call dulu baru lah saya turun) mummy pun zzzzz jap dekat depan tv..boy biasa dah mandi & brekpes dia dok depan tv..bagus tul mummy dia...

Weekend biasa memang we all akan turun ke AlKhobar saja cuci2 mata ke lunch ke atau sekadar g kedai Siam (my feveret kedai sbb ada jual banyak sayur2 Mesia mcm kangkung, kacang panjang, kacang botol..hmm petai pun ada)..
Tapi 2 weekend baru2 ini kebiasaan sudah bertukar kepada sesi penangkapan ketam. Untuk pengetahuan semua tempat tinggal kami ni Al Jubail memang dikelilingi laut/pantai..Kami ke tepi pantai berdekatan kawasan perumahan baru Al Hamra (bukan public beach o.k) tapi ada juga 2-3 family arab yg piknik di situ dan juga beberapa M'sian yg piknik & tangkap ketam di situ. Seronok dapat ketam fresh..anak2 suka g situ sbb dorang boleh berendam kat laut tu..air tak dalam kalau kat public beach dekat Nakhaeel beach & Fanateer tak sesuai untuk dorang cuma satu je byk betul jelly fish kat persisiran pantai tu walau dah mati ngeri jugak tengok..
Kedai Siam



Masa ni terjumpa famili Malaysia yg tgh piknik so join makan je lah ni yer...

Turkish Delight

Assalamualaikum

Turkish delight atau di kenali dengan lokum di negara Arab adalah sejenis manisan yang berasal dari Istanbul. The ingredients are starch gel & of course sugar, some they mixed with nuts like pistachio, hazelnut or maybe walnut/almond etc.. oh dan ada juga yang tambah dates dalam manisan tersebut. It is in small cube and powdered by icing sugar..manis betul kan tapi bila dah start makan emmm macam teringat2 (untuk orang yang minat manis2 macam saya ni memang terkenang2 lah hehehe..)

Turkish Delight ni start popular sebab citer Narnia tu...,tapi yang tu berwarna rose. Yang itu pula bahan dia sama starch gel, sugar dan untuk warna merah tu dia letak rose water. Untuk yang nak buat sendiri tu boleh lah google resepi ya.

Turkish Delight with nuts
Ni yang macam dalam citer Narnia tu
One of Turkish Delight brand